Followers

Thursday, May 24, 2012

CEMBURU


 assalamualaikum . kali ini sharmaine hendak bicarakan tengtang CEMBURU .  setiap insan di kurniakan  dengan perasaan cemburu . sekiranya ada dikalangan kita yang tidak pernah berasa cemburu , itu adalah sesuatu yang abnormal . bukan apa ,perasaan cemburu ini semestinya wujud di dalam diri kita tidak kira samaada lelaki mahupun wanita kerana perasaan itu adalah fitrah manusia . walaupun sedikit , perasaan itu pasti akan terbit dari lubuk hati kita yang bergelar insan . sifat cemburu ini boleh diklasifikasikan dalam beberapa ketegori dan pelbagai cara boleh dipraktikkan untuk mengatasi perasaan ini bukanlah suatu yang negatif sahaja bahkan ada kalanya perasaan ini boleh menjadi suatu yang positif .

pendapat umum banyak menyatakan perempuan lebih cemburu daripada lelaki . mungkin ada benarnya kerana perempuan lebih sensitif dan berhati lembut daripada lelaki . tapi , jantina bukan lah faktor utama yang harus dijadikan pertikaian disini . mari kita sama-sama menyelami perasaan cemburu itu sendiri dan kenalpasti tahap cemburu diri masing-masing . apakah ia baik untuk kita serta orang sekeliling atau sebaliknya .

CEMBURU BUTA
-perkataan ini sangat sinonim dengan si wanita . jarang sekali lelaki lelaki dikaitkan dengan sifat ini . ramai yang sedia maklum dengan ertinya yang kebiasaannya akan membawa kemudaratan pada sesuatu hubungan samaada hubungan kekasih atau suami isteri . mengapa harus cemburu membabi buta ? ya . sebab utama adalah sudah pastinya kita kerana kita terlalu sayangkan pasangan kita . cemburu melihat pasangan kita mesra dengan orang lain , cemburu melihat pasangan kita melebih-lebihkan orang lain dan cemburu mendengar pasangan kita bercerita perihal orang hal lain . sebagai pasangan , memang patut anda berasa cemburu  , TETAPI  janganlah sehingga perasaan cemburu itu mengawal minda dan tingkah laku anda .

-sekiranya anda tidak suka pasangan anda berbuat demikian yang boleh mendatangkan rasa cemburu , apa yang anda boleh lakukan adalah memberitahu pasangan tentang perasaan anda  . berterus teranglah dengan si dia bahawa anda cemburu , buangkan EGO anda mudah-mudahan si dia boleh terima dengan hati yang terbuka dan tidak akan mengulanginya lagi . jika anda mula berasa cemburu pada pasangan anda , nasihat sharmaine , selidik dengan si dia dan nyatakan kegurasan yang bermain di minda . sharmaine percaya , pasangan yang gemar berbincang lebih mudah untuk menyelesaikan perselisihan dan insyaallah akan merapatkan lagi hubungan mereka  . dan yang paling penting .... CEMBURU biarlah BERTEMPAT .

CEMBURU DENGAN KEJAYAAN PASANGAN KITA
-pasangan yang mempunyai kerjaya sudah pasti akan mengalami situasi ini . kedua-duanya sangat komited dengan kerjaya msaing-masing dan sentiasa inginkan kemajuan dan peningkatan dalam kerjaya mereka . jika si dia lebih berjaya daripada anda , semestinya anda berasa cemburu dan dalam masa yang sama semangat anda lebih berjaya daripada si dia akan semakin bertambah . apa yang kita boleh lihat di sini , memberi kesan yang sangat positif .

-jesteru , masing-masing akan terus berusaha untuk mencapai apa yang diimpikan . semangat ini juga secara tidak langsung akan  menpengaruhi minda anak-anak untuk sentiasa berusaha di masa hadapan serta mendidik mereka menjadi lebih berdikari dan cekal dalam menempuh cabaran dalam kehidupan mereka .  namun , harus diingatkan juga agar bijak menimbangi persaingan yang sihat ini supaya perkara yang tidak di ingini tidak akan berlaku .

No comments:

Post a Comment